About Me

My Photo
MummyBayuWildan
Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
"always be a good wife to my loving husband, a perfect mom to my son,a wonderful daughter to mama bapak, a perfect menantu to mak abah, an adorable sister to my adik2 n also a lovely mummy to ming n okiey" :) seorang yang simple dan suka berkawan. murah senyuman dan tak sombong..tak baik tau sombong2 riak, bukan ada faedah pun. buat orang meluat adalah :)
View my complete profile

Total Pageviews

Friday 2 November 2012

i'm back!!! taraaaaaa ;)

Assalamualaikum semua.... setelah sekian lama blog saya ni dibiarkan usang penuh lalang, akhirnya 2/11/12 saya kembali ke jalan yg benar dengan membawa cangkul menebas semua lalang2 tinggi dan semak samun kat sini.. so, im back here everybody...kahkahkah.. punya la pemalas nk update blog smp setahun lebih dah ditinggalkan xbertuan tanah..kesian la blogku... 

Alhamdulillah syukur kepada Allah, skung ni saya dah jdik mummy to my beloved son Bayu Wildan Bin Norasrul Aswar.. selamat dilahirkan pada 15 feb 2012 di Hospital Besar Tuanku Fauziah Kangar Perlis... skung bayu pon dah 8 bulan dah umo..

                                            (Bayu 1st pic, fresh from OT)



    (bayu latest pic)

skung umo bayu dah 8 bulan dah...kejap ja masa berlalu...rasa mcm baru semalam ja dok kat wad beranak tu..huhuhuhu....ok la, banyak keja nk kna siapkan..ni dulu sebagai mukadimah come back i yea...nanti i sambung lagi entry sal pengalaman i peknen, deliver n berpantang plak sblum ke chapter2 lebih menarik lepas tu..(ceh, ayat poyos mcm juai buku lak..ahaksss ;)...jumpa nti salam.......

Wednesday 29 June 2011

...BApaK...

lama benor rsanya aku x update blog aku nih... bz sgt smpai x sempat nak godek2 idea nk tulis entry (ayat paling poyo=alasan paling senang) wakakakaka ;)  kat luaq ujan lebat, kat dalam opis rsa sejuk ketaq..adoi, trus hati rsa sentimental leleh punya...mula la tringat mcm2 kisah2 nostalgia dulu2..Dalam banyak2 kisah tu, aku rsa trus dapat idea nak tulis ttg seorang insan yg paling memberi makna hidup pada aku.. x lain x bukan, BAPAK ku....
xtau psai pa, benda paling menyentuh hati aku kat dunia ni bila berkaitan dengan 2 orang insan ni, MAMA & BAPAK.. tapi kali ni aku pilih BAPAK sbg entry..Aku kisahkan tentang susuk tua yang sudah lama wujud dalam hidup aku..Banyak yang hendak dikisahkan..garang dia, kerja keras membesarkan anak2, harapan dia pada anak-anak & air mata seorang bapak..
Bapak hanya seorang manusia biasa yang tidak dilengkapi dengan segala kesempurnaan.. tapi tiada manusia sempurna yg mampu menandingi keras hati dan pengorbanan bapak dalam membesar dan mendidik aku menjadi sesempuna manusia..sebagai anak, aku tidak pernah mempertikaikan ketidaksempurnaan sifat atau diri BAPAK sebaliknya aku sentiasa mengingati segala kebaikan yg wujud sepanjang Allah memberikan KURNIAAN INDAH dengan menghadiahkan aku BAPAK yg seperti dia.. Aku sentiasa berbangga dengan segala penat jerih dan peluh  segala kudrat yang telah BAPAK korbankan demi kami..aku tidak pernah malu dengan segala kelemahan-kelemahan dirinya yg mungkin tidak pada org lain.. aku sentiasa menerima seadanya dirinya kerana kita wahai manusia hanya diberikan kesempatan oleh Allah untuk punya hanya 1 BAPAK di dunia ini yg tidak mampu untuk kita menafikannya..  Allah itu Maha Hebat.. segala yg dikehendakinya punya hikmah..selalu BAPAK berpesan, dia x punya harta untuk di beri pada kami anak2 tpi hanya yg mampu selagi hidup dia xkan pernah membiarkan kami kebuluran x makan... kata2 tu lah yg sering aku ingat2..walaupon pada dunia dia mungkin bukan seorang BAPAK yg sempurna tpi insyaallah, dengan berkat keikhlasan membesarkan kami adik beradik (anugerah ALLAH) BAPAK semakin tenang dan gembira dengan usia tuanya.. Alhamdulillah, mungkin itu nikmat yang Allah kurniakan kepadanya ..tidak seperti sesetengah ibu @ bapa yang sentiasa duka nestapa dengan perlakuan anak2 yg sentiasa meminggirkan,mengabaikan,mengherdik,sentiasa mempertikaikan dan malu untuk menerima segala kelemahan2 yg ada pada ibu dan bapa mereka.. Episod Imam Muda di Rumah Ehsan minggu lepas betul2 membuatkan aku sebak..ternyata ada ramai2 anak2 di luar sana yg mengecapi kesenangan dan kebahagiaan diri sendiri tanpa mau berkongsi dengan Ibu & Bapa mereka..bak kata pepatah "habis madu sepah dibuang merata-rata".. aku terpikir, x terdetik kah di hati kecil mereka tentang bagaimana cara membalas jasa insan yg telah melahirkan, membesarkan dan memberikan kehidupan kepada mereka..betapa kerasnya hati anak2 yg sanggup membiarkan dan meninggalkan ibu bapa mereka di rumah kebajikan atau rumah org2 tua tanpa pernah menjenguk atau bertanya kabar walau sekali pon..sebagai manusia yg tau erti syukur nikmat, kita tidak akan pernah menyisihkan ibu bapa walau dengan apa jua alasan.. biar 1000 keburukan yg ada pada ibu dan bapa, kita tidak punya hak untuk mempersoalkannya..biar Allah sahaja yg menimbangnya kelak.. tugas kita sebagai seorang anak hanyalah membahagiakan ibu bapa sebagaimana mereka membahagiakan kita.. Selagi mampu, didiklah hati untuk sentiasa membahagiakan ibu bapa kerana itu mampu menjamin kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat kelak..itu janji Allah ;)

(ini MAMA & BAPAK saya, Encik Roslan Bin Salleh dan Puan Rosnita Binti Elias)

Friday 10 June 2011

...MacaROon fEVer...

Aduh...robek hatiku melihat macaroon ni!!!!! memg mcm nak demam la tgk kecomelan macaroon yg berwarna warni ni ;) meleleh ayaq liuq tau... adoyai, mana nak pi cari ni... sana sini pakat tag gambaq macaroon ni..lagi la aku jeles dok tengok..rsa mcm nak masuk ja dalam monitor ni..(muat ka masalahnya??? ) hahaha...
macaroon is a wonderful French pastries n become sweet sensation sweeps through the Klang Valley..waduh2, ter speaking london lak..tiba ja! haha....
kecomelannya  dah tengok tapi macam mana rasanya eh? tolong!!! tolong!!! aku ngidam benda comel ni...serius teringin.. kalau google, ramai yg cakap dari luar rangup macam biskut, tapi  dalam lembut macam biskut tak masak dan manissss sangat. 
kalau ikut harga semasa 25 bijik dah 40 hinggit, mahal jugak tu sbb sebijik jatuh rm1.60..bukannya besaq mna pon, lebih kurang duit syiling 5 kupang ja.. kira kalau makan macaroon  ni rasa nak berak pun sayang ok!”, Wakakakaka... Ok lah, jom kita share sikit kecomelan macaroon comel yg nak wat aku demam ni.. :)
 comel kan??? kan??? kan???? weekend ni adalah hari utk mencari lokasi yg menjual beskut comel ni.. daaaaaa ;)

Tuesday 7 June 2011

-Nur Kasih-

Setelah hampir sebulan tayangan, sabtu lepas barulah berkesempatan tengok rentetan kisah cinta ADAM-NUR-AIDIL sbb tayangan asik full house ja! Encik suami yg beli tiket online, nak ajak tengok sempena anniversary ktorang..(ala2 romentik gitew uolss)..hahaha.. Mulanya aku x brapa xcited pon nak tgk sbb review peminat ttg crita ni mcm suam2 kuku ja.. biasala, bila olah drama ke filem mesti olahan x sama.. aku siap dah bayangkan, ni mesti akan sebijik atau "bahasa kasarnya"copy paste crita ayat2 cinta @ filem2 cinta islamik yg indonesia slalu wat...

15 minit pertama, aku dapat rsakan originality plot crita ni yg pada aku fresh dan x klise mcm crita2 yg aku bayangkan tadi..Ada beberapa babak yg berjaya mencuit emosi aku sampai sedar2 ja, ayaq mata dah meleleh kat pipi.. Bila tengok Nur Kasih versi filem ni, membuat aku terpikir ttg keutuhan hubungan kasih sayang antara manusia..Kasih sayang tu universal, x perlukan duit utk kita miliki dan berkongsi..tapi dalam masayarakat kita yg makin moden dari pandangan mata kasar skrang, kasih sayang sesama manusia seolah-olah dah di gadai..Sedangkan hidup kita yg sesungguhnya maha singkat di dunia ni, mengapa kita seperti menolak jauh2 nikmat berkasih sayang yg Allah kurniakan pada kita walhal kasih sayang itu umpama baja yg menyuburkan hati dan jiwa sihat...

Adalah amat membahagiakan bagi seorang insan yg berjaya hidup dikelilingi dengan kasih sayang dari orang2 yang menyayangi dan berkongsi kasih sayang itu dgn org2 yg dikasihinya...

..orang kaya sebenar ialah orang yang dapat memiliki kasih sayang sedangkan orang yang tidak dapat memiliki kasih sayang walau punya segunung emas adalah orang yang papa...

moral of my entry, kalau ada masa dan kelapangan pergilah menonton Nur KAsih di pawagam... bukan saja2 aku nak tolong promote ke apa, cuma pada aku crita ni mampu memberikan pandangan yg lebih dalam ttg erti kasih sayang dan semoga kita lebih menghargai setiap hubungan yg kita jalin atas dasar kasih sayang itu sendiri agar kita mampu menjadi manusia yg syukur nikmat yg dikurniakan Allah.... daaaaaaa ;)

Friday 3 June 2011

..miMPi..

Alkisahnya maka tersebutlah kisah..(gaya sudin baca surat dalam pendekar bujang lapok) haha.. ntah mcm mna la semalam aku mimpi aku termengandung.. siap bleh terasa dalam perut aku ada "benda".. bila tejaga, aku still rasa mcm tu.. sampai sekarang ter ingat2... kan best kalau btol2 mimpi tu jadi kenyataan ;) amin.. Mana la tau berkat mimpi malam jumaat kan..hehehe...mungkin sbb tringin sangat kot sbb tu smp termimpi-mimpi agaknya.. nak wat camna, sifat keibuan tu dah lama meluap-luap agaknya..my sis pon tepon minggu lepas gtau dia dah 2 kali mimpi aku mengandung..campur ni kira 3 kali la mimpi ttg aku ngandung..amin... moga Allah memakbulkan doa2 kami.. ;)

Thursday 2 June 2011

mY swEeT heARt "ming"

Entry kali ni aku nak becerita ttg buah hati kesayangan aku dan suami, "ming"... kucing kesayangan kami yg comel, nakal dan cerdik.. nama panggilan manja kat umah aku panggil dia kakak ming.. dialah buah hati yg menceriakan hidup kami sejak Allah memberikan takdir untuk kami bertemu dgn ming..almaklumla, kami blum ada rezki timang baby...sblum jumpa ming, rumah tu sunyi ja.. umah 21/2 storey tapi 2 org ja yg duduk.. bosan dan suram ja..sbb tu aku asik nak bejalan ja (alasan kukuh tiap kali nak ajak encik suami bersosial kat mall) hahaha...tpi serius, bila dah kawen tpi blum ada anak hidup memg rsa kekurangan... ditakdirkan Allah pada satu petang sedang aku tgh syok layan Kimora Lee Simmons pnya show, tiba2 suamiku yg sedang ada di dapur terdengar suara anak kucing yg sayup2 ja dari blakang rumah.. apalagi, dengan pantas dia pon mencari kunci pintu dan grill blakang.. dekat 10 minit suamiku mencari dari mana datang bunyi anak kucing yg makin lemah tu..rupa-rupanya datang dari dalam lubang air kat blakang umah.. 1st time suamiku membawa masuk ming ke dalam rumah dan menunjukkannya pada ku, itulah saat pertama kali aku jatuh cinta dengan ming... mata dia yg kuyu, badan yg terketar-ketar, suara yg makin lemah buat aku trus mengangkat dan memeluknya.. hanya Allah ja yg tau perasaan aku waktu tu.. rasa sebak nak nangis bila tgk dan peluk dia..xtau kenapa, susah nak terangkan.. semacam perasaan sayang lak bila tgk ming yg kecik masa tu umur dia dalam sebulan... Trus aku cakap kat suamiku, "kita bela la anak kucing ni bang".. suamiku mula2nya mcm xpecaya sbb dia tau isteri dia ni memg xbrapa nak suka bela binatang...tapi memg btol pun, aku memg xbrapa minat nak bela2 binatang apalagi kucing..kesian suamiku, banyak kali dia penah cakap tringin nak bela kucing tpi tepaksa lupakan niat dia tu sbb dia tau aku x minat... tpi bila aku cakap nak bela ming, terus dia senyum..nampak sgt muka dia happy..(cian suamiku).. dan nama ming tu aku yg pilih..tekenan dgn anak sulung kimora ming yg sweet..sejak tu, bermulalah catatan perjalanan hidup kami bersama "ming".. sejak kecik smp skung ni dah besar sket, mcm2 kenangan yg manis ming bawak dalam hidup kami berdua.. Sesungguhnya Allah telah memberi anugerah yg indah untuk kami kongsi dengan kehadiran ming walaupon dia hanyalah seekor anak kucing.. sesungguhnya aku amat menyayangi ming seperti aku menyayangi anak sendiri.. Ikhlas dan sesungguhnya hanya Allah yg tau... Dari sehari ke sehari, macam2 ragam dan prangai ming yg menceriakan dunia kami... we luv u so much kakak ming ;)
(ni lah si comel ming masa mula2 kami jumpa)

(si comel ming)

(gaya tido si comel ming)

(kakak ming memg fotogediks)

ni antara koleksi gambar ming yg aku sayang.. masa ni dia kecik lagi.. ada banyak lagi gambar dia yg aku simpan..insyaallah, nti kita share lagi dalam entry selanjutnya..daaaa.... ;)

Wednesday 1 June 2011

..SiApa AkU...

..Me.. rasanya terlalu panjang untuk dihurai dengan pena..terlalu dalam untuk diungkap dengan jiwa..terlalu jauh untuk dihitung dengan masa..(cewah3x..mukadimah kalah ayat novel..hahaha..poyo jap ;) just call me ayu... walaupon nama panjang berjela dalam surat beranak dan ic (Noor Faliza Hanim Binti Roslan) tapi org sekeliling lebih mesra menyapa aku "ayu".. mungkin sbb memg ayu kot..ahaks ;)  xla, nama tu lekat masa kecik2 dulu.. org tua dulu2 kalau baby slalu teriak mesti depa kata ada "benda" tumpang la, nama xsesuai dgn badan la..ada ja alasan pelik2.. so, nak dijadikan crita msa aku kecik dulu aku pon sama la dgn bebudak lain yg suka teriak malam2.. bila arwah nekku timah (moyang aku) dengaq, dia pon sama la kata aku ni ada "benda" tumpang.. apalagi, cepat2 nekku suh mama boh nama panggilan lain kat aku.. mama pon xpikiaq panjang trus bagi nama ayu..(macam tau2 anak dia memg ayu..hahahaha)...Aku bersuamikan Encik Norasrul Aswar Bin Yahaya pada 31 Mei 2009..Aku anak sulung dari 4 beradik kepada pasangan Encik Roslan Bin Salleh dan Puan Rosnita Binti Elias... lahir pada 9 Disember 1983 di hospital Mentakab Pahang. (time ni bapak askar dan kami dok di kuaters mentakab).. aku ada seorang adik perempuan yg paling aku sayang.. dia la adik, dia la kawan baik.. mungkin sbb jarak umur kami cuma 2 tahun kot..nama dia pon panjang lebar cam aku gak, Farah Noor Hakim Binti Roslan tapi panggilnya ati, pendek pon mcm aku gak...mcm2 pengalaman pahit manis kami lalui bersama sejak kecik smpla skung ni masing2 dah kawen dan ada family sendiri..Dia dan suaminya Zuhairul Effendy dah ada sepasang anak yg cumel dan membahagiakan kami semua..anak2 buah aku tu dah mcm anak sendiri dah.. ummi rindu la plak kat kakak kasih sufilea ngan adik arjuna muqhriez.. kalau nak crita ttg kami berdua, memg kna wat entry khas la jawabnya ;) sambung balik crita tadi...aku juga ada dua org adik lelaki..yg no.3 ni nama dia Mohd Firdaus Haqimin Bin Roslan..kami panggil acik..sbb ingat dia la yg paling kecik rupanya tup2x ada lagi sorang adik Mohd Riza Aimar Bin Roslan..hehe..

kita share la sikit gambar2 happy family kami ;)
(dari depan : kasih, adik riza, dik ati, diey, ashraf, me n encik suami/ langkawi 2010)
(langkawi 2010)
(langkawi 2010)
(langkawi 2010)
(mama, bapak n adik riza)
(Encik Roslan Bin Salleh@ Bapakku)
(langkawi 2010)
(say "o" everybody ;) / langkawi 2010)

kita stop kat sini dulu utk entry ni..nti kita sambung lagi k.. daaaaa.... ;)

swEEteST EnTRy

Powered By Blogger

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Followers

Powered by Blogger.